5 Jenis Kerosakan Cat Yang Berlaku Pada Dinding (Punca dan Solusi)

Cat Berkapur

Cat bukan sahaja berfungsi untuk mencantikkan dinding kita, malah cat juga berfungsi untuk melindungi dinding anda daripada kerosakan dan daripada cuaca yang melampau. Disebabkan itu juga, lapisan cat akan rosak sedikit demi sedikit.

 

Berikut kami senaraikan 5 kerosakan yang sering berlaku kepada cat:

 

1. Cat Menggelembung 

Masalah cat menggelembung ini biasanya berlaku disebabkan oleh terdapat udara atau air yang terperangkap di antara permukaaan dinding dan cat

Punca

  • Air dalam dinding yang nak keluar dari dinding tapi dihalang oleh cat
  • Sapu cat dalam keadaan dinding masih basah
  • Penyediaan permukaan yang tidak sempurna

 

Langkah Pencegahan 

  • Elakkan cat dalam cuaca / keadaan lembab
  • Pastikan permukaan dinding mesti kering

 

Penyelesaian

  • Scrap / buang semula cat yang menggelembung.
  • Cat menggunakan cat acrylic yang berkualiti
  • Sekiranya dinding bermasalah, buat kerja-kerja waterproofing terlebih dahulu

 

2. Cat Terkopek

Cat terkopek disebabkan daya lekatan di antara cat dan permukaan dinding sudah lemah atau tidak ada

 

Punca

  • Menggunakan cat yang tidak berkualiti
  • Terlebih campur air / Sapu cat sampai jadi terlalu nipis
  • Penyediaan permukaan yang tidak sempurna
  • Tidak letak Primer / sealer

 

Langkah Pencegahan

  • Elakkan cat dalam cuaca / keadaan lembab
  • Pastikan permukaan dinding mesti bersih dan kering
  • Jangan campur air banyak sangat. Kalau boleh, jangan campur air melainkan susah sangat nak sapu

 

Penyelesaian 

  • Scrap / buang semula cat yang menggelupas menggunakan dawai besi atau scraper atau kertas pasir.
  • Cat menggunakan cat acrylic yang berkualiti
  • Gunakan sealer/primer sebelum mengecat

 

3. Berkapur

 Keadaan cat berkapur berlaku apabila cat yang mengering tidak membentuk lapisan cat, tetapi ia menjadi kapur.

Punca

  • Menggunakan cat yang tidak berkualiti
  • Terlebih campur air / Sapu cat sampai jadi terlalu nipis
  • Menggukan cat untuk dalaman di bahagian luar
  • Tidak letak Primer / sealer

 

Langkah Pencegahan

  • Gunakan cat yang lebih berkualiti
  • Pastikan permukaan dinding mesti bersih dan kering
  • Jangan campur air banyak sangat. Kalau boleh, jangan campur air melainkan susah sangat nak sapu

 

Penyelesaian 

  • Bersihkan kawasan yang berkapur dengan berus atau gunakan waterjet
  • Cat menggunakan cat acrylic yang berkualiti
  • Gunakan sealer/primer sebelum mengecat

 

4. Cat Keluar Putih-Putih (Efflorescence)

 Efflorescence adalah keadaan yang mana cat keluar warna putih di atas permukaan dinding.

Punca

  • Menggunakan cat yang tidak berkualiti
  • Terlebih campur air / Sapu cat sampai jadi terlalu nipis
  • Menggukan cat untuk dalaman di bahagian luar
  • Tidak letak Primer / sealer

 

Langkah Pencegahan

  • Gunakan cat yang lebih berkualiti
  • Pastikan permukaan dinding mesti bersih dan kering
  • Jangan campur air banyak sangat. Kalau boleh, jangan campur air melainkan susah sangat nak sapu

 

Penyelesaian 

  • Bersihkan kawasan yang berkapur dengan berus atau gunakan waterjet
  • Cat menggunakan cat acrylic yang berkualiti
  • Gunakan sealer/primer sebelum mengecat

 

4. Cat Keluar Putih-Putih (Efflorescence)

 Keadaan cat berkapur berlaku apabila cat yang mengering tidak membentuk lapisan cat, tetapi ia menjadi kapur.

Punca

  • Penyediaan permukaan yang tidak sempurna
  • Kandungan air yang terlalu banyak dalam dinding
  • Pergerakan air dari dalam dinding ke luar dinding
  • Kerja mengecat dilakukan sebelum dinding kering sepenuhnya

 

Langkah Pencegahan

  • Elakkan cat dalam cuaca / keadaan lembab
  • Pastikan permukaan dinding mesti bersih dan kering
  • Buat kerja-kerja waterproofing di kawasan yang anda rasa air boleh masuk ke dalam dinding (tandas , bilik aircond)

 

Penyelesaian 

  • Lap semua kawasan yang terjejas
  • Buat kerja-kerja waterproofing
  • Cat menggunakan cat acrylic yang berkualiti
  • Gunakan sealer/primer sebelum mengecat

 

5. Dinding Berkulat

 Permukaan dinding berkulat adalah masalah utama yang biasa berlaku di rumah-rumah. 

 

Kebiasaannya kejadian ini berlaku pada dinding yang disebaliknya ada bilik air, dapur atau kawasan yang terdedah kepada air.

Punca

  • Kandungan air terlalu banyak di dalam dinding
  • Cat disapu terus di atas dinding yang berkulat
  • Penggunaan cat yang tidak berkualiti
  • Penyediaan permukaan yang tidak betul

 

 

Langkah Pencegahan

  • Pastikan permukaan dinding mesti bersih dan kering
  • Check sekiranya ada kebocoran dan punca air yang boleh buat air masuk dalam dinding

 

Penyelesaian 

  • Gunakan fungicidal wash. Chemical anti kulat untuk bunuh kulat. Sapu. Basuh dan biar dinding sampai kering
  • Sapu sealer
  • Tutup semua punca air

 

Copyright Abstra Marketing (Authorised Bina Paint Online Seller)